Baka Anjing Paling Berbahaya yang Tidak Patut untuk Anda Uruskan Sendiri

60802

Seluruh dunia memang mengakui bahawa anjing dikenali sebagai kawan baik untuk manusia. Ia mungkin benar, tetapi ia bergantung pada cara anda menguruskannya sejak awal lagi. Anjing adalah haiwan yang unik; setiap spesies mempunyai ciri/sifat yang tidak dimiliki oleh spesies lain. Contoh seperti Golden Retrievers, anjing ini dikenali sebagai anjing yang bersaiz besar, setia dan peneman berbulu emas yang mempunyai kebolehan untuk membantu kita di rumah. Namun begitu, contoh seperti Rottweilers, anjing ini boleh dilatih- tetapi hakikatnya, anjing ini terkenal dengan sifatnya yang garang dan kejam jika tidak dilatih dengan sempurna sejak kecil. Jadi, sekiranya anda merancang untuk membela anjing yang comel, hodoh, atau mempunyai rupa menarik di rumah, anda harus belajar dahulu dan memastikan anjing mana yang sesuai untuk anda dan keluarga anda.

1. Doberman

This image has an empty alt attribute; its file name is 1-1.jpg
germanshepherdtraininginfo.com

Anjing baka Doberman adalah anjing yang patuh dan setia, tetapi ia juga garang dan seringkali dipillih untuk menjadi anggota K-9 Force. Walaupun ia adalah haiwan yang bijak, sentiasa berwaspada dan boleh dipercayai, jangan sesekali abaikan sifatnya yang berani dan sifat ingin tahu yang tinggi terhadap manusia selain pemiliknya. Baka Doberman sangat agresif pada individu yan tidak dikenali. Sesuai dengan badannya yang kurus, anjing baka Doberman mampu mengejar mangsa tanpa teragak-agak dan tanpa rasa penat.

advertisement